Syarah Martabat 7.
Syarah Martabat 7.
بِسْمِ اۘللهِ اۘلرَحْمَنِ اۘلرَّحِيمِ
Baik, kita mula dengan baca surah Fatihah, dan hadiahkan pahala kepada muslimin muslimat mukminin mukminat yang masih hidup juga yang telah kembali kealam yang akhirat, juga guru-guru kita yang telah usaha menyampaikan ilmu agama dengan ikhlas kepada kita, juga khusus bagi kedua ibu-bapa kita......
إِلَى أَرْوَاحِ وَالِدِيْنَا وَوَالِدِيْكُمْ وَإِلَى ٲَرْوَاحِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَتِ كَافَّةً عَامَّةً .
خُصُوْصًا إِلَى رُوْحِ الْمَرْحُومْ ..... وَاُصُوْلِهِ وَفَرُوْعِهِ وَمَنْ يَنْتَسِبُ إِلَيْةِ أجْمَعِيْنَ.
وَإِلَى حَضَرَةِ النَّيِى الْمُصْطَفَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاَلِهِ وَأَصْحَابِهِ الْكِرَامِ .
الْفَايِحَةْ.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
اَلْحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اَلرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.
.مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ.
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ.
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ.
آمِيْنَ.
Ini Risalah
Yang Dinamakan Dia
المنهل الصافى فى بيان رموز اهل الصوفي
AL-MANHALUSH SHAFI FI BAYANI RUMUZI AHLIS SUFI
TEMPAT MINUM AIR YANG BERSIH PADA MENYATAKAN ISYARAT-ISYARAT AHLI TASAWUF.
Nak habaq, bagi tau...isyarat-isyarat makna ibarat-ibarat ataupun kata-kata ulama-ulama tasawuf. Jadi, kitab ni, pengarang dia, tak tulis tak habaq, tapi ada mengatakan Syeikh Daud Abdullah Al-Fathoni ra. Kalau ikut selesai tulis tu, mungkin kita sangkal kata tak betul sebab selesai 28 Muharram 1373 H, tapi kalau kita ada banyak salinan kitab ni, ada berbagai, ada yang tulis tangan pun banyak juga, jadi mana yang asal pun tak pasti. Yang cetak tu mukg beza sikit, tapi isi kandungan sama, sikit-sikit ada tambahan pada yang tulisan tangan. Macam-macam mana pun, ramai yang bicara kitab ni dan bab-bab yang terkandung dalam kitab ni pun bukan perkara yang pelik, sebab ada sebut dalam banyak juga kitab tauhid, tapi secara sepintas lalu saja tanpa membicara secara detail.
Jadi, kalau kita nak ambil tahu tentang martabat 7, inilah kitab yang bahas serta hurai mengenainya.
Kalau kita dengar berbagai ulasan, ada yang kata sesat, kita pun tak mau komen depa, kita mengaji dulu kitab ni, berpandukan kitab dan dengar huraian bagi berbetulan dengan isi kitab tu, bukan kita baca tak tengok kitab.
Cuba tanya tengok yang kata sesat tu, depa mengaji ke kitab ni, atau pun depa pakai ikut kata orang saja, atau depa main pakai hukum, tengok orang yang dakwa kata mengaji martabat 7 tapi orang tu tidak menampakkan peribadi dan akhlak sepatutnya....
Sebab dalam apa bidang ilmu pun, ada yang tak kena, ada yang sesat, bukan pasai ilmu tu, tapi pasai orang tu.
Melainkan memang ilmu tu ilmu sesat, yang tu kita tak nafi la.
Mungkin juga ada yang baca kitab tapi yang hurai tu tak menepati kehendak kitab. Inilah.....kadang-kadang kita ngaji, kitab betul dah tapi guru pulak tak kena atau hurai tak tepat.....
Tak pa tak pa....kita baca dulu, kita tengok nanti, kena ke tak kena, betoi ke tak betoi....
Baik..kita baca tengok....
Sungguhpun risalah ini tidak sebut nama muallifnya, tetapi tidak mengapa, kerana kata setengah ulama:
اعرف الرجل بالحق ولا تعرف الحق بالرجل اعرف الحق تعرف اهله فربماكان الحق عند من هو غير مفطوربه ةربماكان المفطوربه يخفى عليه الحق.
ولكل مقام رجال.
انظر الى المقل ولا تنظر الى من قال. اعرف الحق تعرف اهله
والله اعلم
( aqrifur rajul bilhaqqi wala taqriful haqqi bil rajul, aqriful haqqi taqrifu ahlihi farubamaakaanalhaqqi ‘anda man huwa ghairu mafthurubihi warubamaakaanal mafthurubihi yaghfa ‘alaihil haq walakin maqamu rijalun undhur ilalmaqal wala tandhur ila manqal ‘aqrafulhaq taqriful ahlihi....wallahuaqlam )
Jadi, dia kata, tak ada masaalah apa, dia kata, kita nak kenal rajulun tu dengan kebenaran, bukan kamu kenal kebenaran tu dengan laki-laki tu, kita kenal laki-laki tu dengan kebenaran. Makna dia, bila dia sebut yang benar, kita kata laki-laki tu jenis bangsa benar, bukan kita nak kenal kebenaran tu kita tengok orang tu, TIDAK.
Bolih faham ke ?
Kita nak tau kebenaran tu, bukan kita tengok orang, tapi kita tengok kepada apa yang dia sebut, jangan tengok pada orang yang kata tu.
Tengok apa yang dia kata, bukan tengok dia.
Bila kita tengok kebenaran, maka kita kenal-lah akan ahli-nya.
Wallahuaqlam.
Baik, tengok kitab....
Telah selesai menulis pada 28 Muharram 1373 H.
بِسْمِ اۘللهِ اۘلرَحْمَنِ اۘلرَّحِيمِ
هٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّيْ
Ini, dari limpah kurnia Tuhan aku.
رَبِّ يَسِّرْ يَاكَرِيْم
Ni dia kata ; hai Tuhan ku, permudahkan olih MU.
Wahai Tuhan Yang Maha Boros.
Apa makna Rabbi yasir ni, permudahkan-lah, kerana ilmu ni, ilmu iqtiqadiyyah, bukan, akan tetapi hanya sanya dinamakan ilmu ni, ilmu mukasyafah. Apa mukasyafah ni ? Ilmu pengenalan kita dengan Allah Taala, atau ilmu syuhud.
Syuhud ni maksud dia, kita pandang Allah Taala, pandang dengan matahati. Apa pula yang kata pandang dengan matahati tu ?
Makna, bukan hati kita ada mata, tapi yang kata matahati tu, makna rasa dengan hati, ilmu rasa. Rasa dengan hati, makna hati berasa.
Syuhud ni ada 2 pula, pertama syuhud hissi, yang kedua syuhud maknawi. Syuhud hissi makna sentiasa ingat hati kita pada Tuhan, maka tak didapat ilmu in, melainkan dengan jalan zauqi. Apa pula zauqi ? Makna rasa. Maka tak dapat ilmu ini melainkan dengan jalan @ cara merasai. Zauq, rasa dengan hati kecik kita ni, nampak ke ?
Contoh, bila kita meratik, zikir le...banyak-banyak, dia akan mai akan perasaan dalam hati tu, yang tu panggil zauq, rasa hati kecil. Tak akan dapat ilmu ni, melainkan dengan rasa.
Maqam ni, nama maqam iman, kalau ahli iktiqad yang kita dok ngaji tauhid tu, maqam ni dia panggil maqam iman, makna kita beriman dengan Allah. Tapi ahli syuhud, maqam ni depa panggil maqam ihsan, orang yang syuhud, pada maqam ni, dia panggil maqam ihsan. Engkau ibadat pada Allah seolah-olah engkau nampak Allah, tu panggil maqam ihsan. Kita buat apa semua, kita cakap, kita maka, apa kita buat pun nampak Allah Taala. Bukan-lah nampak dengan mata kepala, nampak dengan matahati, makna berasa.
Tapi pun, bukan bercakap kata kita berasa, tapi hati tak berasa pun.
Yang tu menipu diri sendiri.
Tapi bagi ahli iktiqad, ahli tauhid, makna, bila duduk maqam ni makna dia beriman, makna dia percaya Allah Taala. Tapi orang syuhud, dia tinggi lagi, dia zauq, dia berasa, dia nampak makna hati kecik dia nampak Allah swt, berasa.
Bila dia buat ibadat seolah-olah dia nampak, bila tak nampak, dia yakin Allah nampak dia. Tinggi yang ini. Cuba tengok, bila dia yakin, dia rasa kata Tuhan dok tengok dia, Tuhan dengar dia.....macamana ? Rasa kata Tuhan tu, sentiasa tengok dan sentiasa dengar dia, sentiasa dok perati dekat dia, macam Tuhan tu dok perati dekat dia sorang saja....macam mana tu agak-agak, gamak-gamak orang yang rasa macam tu, macamana hal keadaan dia tu ?
Kita ni, bila ngaji, tau kata saja, bukan betoi-betoi lagi berasa. Kalau betoi-betoi berasa Tuhan tu dok ‘ster’ aku sorang saja....gena gamak.
Kalau ilmu muamalah tu, hubungan kita dengan makhluk. Ilmu zauqi ni, hubungan kita dengan Allah swt. Sabit tu ilmu ni, payah sikit le, kena nak mai dengan zauq, atau pun panggil ilmu hakikat, ilmu tauhid. Kerana makna dia satu saja, cuma tahap-tahap saja beza.
Nak tauhid Allah, nak rasa wujud, nak menetapkan iktiqad ....
Sudah le....nanti kedepan kalau kita faham...reti le coz...
Baik ..baca kitab...baca Bismillah tu.....
بِسْمِ اۘللهِ اۘلرَحْمَنِ اۘلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah jua Tuhan yang amat murah bagi segala hamba-Nya, lagi yang amat mengasih sayang bagi segala hamba-Nya yang mukminin.
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ هُوَ اْلاَوَّلُ الَّذِيْ لَيْسَ قَبْلَهُ شَيْئٌ
Segala puji (yakni sebutan yang elok) bagi Allah ialah yang permulaan yang tiada mendahului akan dia oleh sesuatu.
وَاْلاٰخِرُ الَّذِيْ لَيْسَ بَعْدَهُ شَيْئٌ
Dan adalah ia yang kesudahan yang tiada kemudian daripadanya sesuatu.
وَالظَّاهِرُ الَّذِيْ لَيْسَ فَوْقَهُ شَيْئٌ
Dan adalah yang nyata yang tiada di atasnya sesuatu.
وَالْبَاطِنُ الَّذِيْ لّيْسَ تَحْتَهُ شَيْئٌ
Dan ialah yang tersembunyi yang tiada di bawahnya sesuatu.
وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْمَبْعُوْثِ بِالْاَيَاتِ الْبَيِّنَاتِ
Dan rahmat dan salamnya atas penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan beberapa tanda yang kenyataan.
وَعَلىٰ اٰلِهِ وَاَصْحَابِهِ الَّذِيْنَ هُمْ بَيَّنُوْا كُل المشكَلاَتِ وَالْمُتَشَابِهَاتِ
Dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya mereka itulah yang menyatakan mereka itu akan tiap-tiap yang kesukaran dan kesamaran.
وبعد فهذه رسالة صغيرة الحجم جمعتها بفضل الله الكريم المنان
Dan adapun kemudian daripada itu, maka inilah risalah yang kecil sambutannya hamba himpunkan akan dia dengan anugerah Tuhan yang amat mulia lagi yang mempunyai ungkitnya.
في بيان اسئلة لاغني عنها من البيان
Pada menyatakan beberapa pertanyaan yang tiada terkaya daripadanya.
لينجالي بها قلوب المحبين المتزددين الى من الاخوان والاخوات
Supaya menerangkan dengan dia segala hati kekasih yang pergi datang kepadaku daripada beberapa saudaraku laki-laki dan perempuan.
مع قلة العلم والادراك لكن اعتمادي على فضل الله الكريم الرحمن
Serta sedikit ilmu dan pendapat, tetapi berpegang aku atas anugerah Tuhan yang amat mulia lagi amat murah.
وارجو من الله أن يوفقني للصواب
Dan aku harap daripada Allah taala bahwa ada beri akan daku bagi kebenarannya.
والفوز ليوم المأب
Dan diberi kemenangan bagi hari kembali kepada-Nya.

No comments:
Post a Comment